Thursday, December 30, 2010

Selamat Datang 2011

Sesi persekolahan 2011 kini sudah tiba, ramai pelajar yang sudah bersedia untuk memulakan persekolahan mereka setelah bercuti lama. Unit ICT kali ini ingin mengimbau sedikit  fenomena bagaimana teknologi masa kini amat berbeza dengan suatu masa dulu...15  tahun dahulu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita futuristik - Pelajar bawa disket ke sekolah 2010.

Pada ketika itu, segelintir daripada kita terrfikir bahwa disket akan menggantikan buku. Lebih 'terlampau' lagi, ada yang mula musykil dengan peranan guru pada era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Rupa-rupanya tidak jadi begitu - kerana sekarang baru kita benar-benar faham bahawa ICT hanya pengupaya dan alat kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Selang dua atau tiga tahun kemudian, disket sudah tidak relevan kerana kapasiti terhad. Maka, selepas itu muncul pula CD-ROM. Masa terus berubah, muncul pula pen drive, blue tooth dan broadband dan sebagainya - sehingga kita 'tak terkejar' akan kepantasan teknologi itu. Kini, semuanya ada. Macam-macam ada. Yang pasti, peranan guru tetap nombor satu. Reka bentuk teknologi berubah dengan pantas, dan pengisian juga diubah suai dengan keperluan teknologi itu. Ada juga yang berpendapat sebaliknya, teknologi itu sendiri yang berubah mengikut perubahan kandungan. Waima apa pun, teknologi tetap berubah.

Mungkin pada 15 tahun yang lalu, kita tidak cukup pengetahuan bahawa aplikasi dan integrasi adalah dua disiplin ilmu yang berbeza. ICT merupakan komponen yang sangat penting dalam pendidikan. Bukan sahaja ICT dapat membantu pelajar menimba ilmu tanpa batasan, tetapi menjadikan mereka lebih cekap dan cepat menyiapkan sesuatu tugasan.

Dengan beberapa perisian dan perkakasan yang sesuai, pekerjaan bukan sahaja menjadi lebih cepat, tetapi juga lebih kemas, kurang berlakunya kesilapan bahasa, bahan boleh dimanipulasi sehingga menimbulkan impak yang tertentu serta menyeragamkan pemahaman tentang sesuatu perkara oleh pelbagai latar belakang khalayak.

Namun begitu, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan sebenarnya kita berada dalam tempoh masa yang kritikal. Sesuatu yang konkrit mesti dilaksanakan dan digerakkan supaya gelombang ketiga dapat dilaksanakan sepenuhnya, sebelum memasuki gelombang keempat iaitu menjadikan teknologi sebagai pengupaya sepenuhnya dalam P&P (2010-2020).

Semoga semua pihak memberi sokongan padu kepada program Jerayawara Pembestarian Sekolah.

Belajar ICT suatu Keperluan

Keperluan untuk mendalami bidang ICT kini kian mendesak, selari dengan hasrat itu, unit ICT sekolah telah disarankan untuk mendedahkan pelajar terhadap penggunaan teknologi. Unit ICT sekolah ini bertanggungjawab untuk mengurus sebarang keperluan berkaitan ICT untuk kemudahan guru dan pelajar. Justeru semua pelajar tingkatan 1 dan 2 akan diwajibkan mempelajari IT sewaktu persekolahan  menerusi subjek Literasi Komputer

Sunday, January 31, 2010

Mesyurat Unit ICT kali Pertama 2010

AJK ICT SMKSMAB 2010

Pengerusi           : Pengetua
Naib Pengerusi  : Pn Jamaliah bt Abdul Fatah (PK Pentadbiran)
Penyelaras         : Pn Anisah bt Ahmad
Setiausaha 1      : Pn Siti Ajar bt Yaakob
Setiausaha 2      : Pn Latipah bt Md Saad
AJK                  : Pn Pauziah bt Ahmad   (PK Kokurikulum)
                         : Pn Jaliah bt Juewani      (GK Kemanusiaan)
                         : Pn Rohana bt Yussof    (GK Bahasa)
                         : Pn Kalsom bt Saidin     (GK Sains & Matematik)
                         : Pn Tengku fariza bt Tengku Ibrahim
                         : Pn naimah bt Md Isa
                         : Pn Siti Zurayati bt Talib